Semua Sebab Rohaizad.com

Aku tak pernah letak harapan sama sekali untuk mempunyai blog atas nama domain zamrin.com.  

Kesilapan yang aku buat Tahun 2014 dulu ..terlupa nak renew domain zamrin.com menyebabkan aku kehilangan diari digital yang pernah aku tulis sebagai rujukan peribadi. Bila benda depan mata, kita tak berapa hargai..sambil lewa je kita jaga. Acuh tak Acuh.

Bila dah mula sedikit sibuk dengan beberapa hobi baru…aku memang tak de la nak tengok sangat email.. Rupanya namecheap dah bagi beberapa reminder bahawa domain zamrin.com dah berada dalam  Grace Period listing.

Maksudnya, aku masih diberi peluang untuk kekalkan hakmilik domain ni dalam tempoh 30 hari selepas tarikh tamat tempoh. Maksudnya, aku masih diberikan peluang kedua untuk renew domain dengan harga yang biasa ditawarkan oleh domain registrar dan TANPA Penalti.

Tapi kesan yang ketara bila dalam grace period ni, website dan email @zamrin.com dan tak boleh digunakan.Talian hayat masih ada.

Aku ternampak dan email reminder tu..tapi aku pikir…nanti petang la aku renew..
Bila dah petang, terlupa…. Dan  tempoh grace period 30 hari pun berlalu pegi tanpa keinsafan.

Apa jadi selepas Grace Period berakhir ?

Domain zamrin.com dah berada dalam Redemption Period. Masih diberikan peluang ketiga untuk ambik semula domain ni..tapi bersedia la dengan membayar denda ( Redemption Fee).  Tak banyak mana pun…sikit je

RM 300 – RM 600 denda kena bayar ke domain registrar. Untuk aku , aku kena la bayar denda di namecheap.

Masa ni penyesalan dah mula datang.

Sebab apa ? Sebab aku baru perasan bahawa ada beberapa sistem yang aku tak dapat akses sebab lupa password.. Malangnya, aku register guna email yang aku create di domain tu. Masa ni la datang penyesalan.. website tak boleh akses, email pun tak boleh akses..

Masa ni aku dah mula berkira-kira…nak bayar denda pun dah RM 600..belum lagi kos nak renew domain.. 

Tapi lama sangat aku buat kira-kira..maklum la…matematik tak berapa cerdik.  Sampai tempoh 60 hari pun tamat.

Aku rasa masih diberikan kebijaksanaan.

Berdasarkan conversation dengan Namecheap support melalui sistem chatbox,  Domain zamrin.com tu dah berada dalam listing untuk di delete .

Maksudnya..dalam tempoh antara 66-71 hari, domain tu tak boleh diperbaharui sebab namecheap dalam proses untuk buang dari list mereka.

Maka aku dah buat strategi, selepas hari 71, aku akan grab semula nama domain zamrin.com dalam open market. Tak perlu dah aku nak terhegeh hegeh nak dapatkan domain dari namecheap.

Percaturan aku silap.. Rupanya domain aku telah kena lock dengan salah satu registrar lain…dan harga tebus talak  kalau tak silap aku USD 4K ++.

Maka aku dah tewas dalam perjuangan.

Bertitik tolak dari tu, aku cuba untuk menulis di domain yang aku baru sambar ketika tu..

zamrin.my dan zamrin.net.

Tapi feel penulisan tak sama. Betul la kata orang tua-tua cakap.. Isteri pertama walau sekuat mana dia membebel, dia tetap kita akan ingat sampai bila bila..

Dan aku ambik keputusan, tak nak lagi menulis di mana-mana blog sendiri.

Tapi…sinar tu tiba-tiba datang bila aku terbaca posting rohaizad bahawa dia akan menulis di rohaizad.com

Eh..macam mana dia leh dapat domain tu ? 

Jadi, jangan malu untuk bertanya…

Korang leh baca apa dia dia tulis kat blog dia  >> https://www.rohaizad.com/zamrin-com-pun-dah-selamat-dimiliki-semula/

 Nanti aku sambung lagi menulis..

Hai, boleh letak nama supaya saya boleh tulis nama dalam content dengan lebih mesra?
Scroll to Top