Perjalanan ke JEK – Episod 1

Untuk pembukaan penulisan bagi tahun 2026..aku akan mulakan dengan Chapter JEK.

Sebenarnya aku tak rasa ada benda yang menarik pun…sebab tu adalah laluan perjalanan dalam kehidupan.. Masing-masing ada perancangan sendiri.
TAPI , bila aku ada masa nak termenung…time tu la aku rasa aku perlu rekodkan sesuatu.

Ye la..blog ni pun dah kira digital diari.. tak kan tak nak tulis apa-apa..
Tak kan nak tulis yang indah-indah2 je..  kalau nak tunggu dapat berita baik je baru nak tulis..aku rasa memang aku tak akan tulis apa-apa pun.

Sebab benda baik tak selalu dapat.

Ok…aku tak pasti .. sama ada korang dah tau atau tak apa tu JEK? Jurutera Elektrik Kompeten.
Tapi kalau korang nampak nama org lain ada tulis Ir, mesti dah tau tu Professional Engineer… atau Jurutera Professional.

Betulkan?

So, aku sendiri dah layak letak Ir. dan Ts. depan nama aku kerana aku dah melalui proses assesment dan dah Lulus.
Aku dah di iktiraf dalam setiap aspek yang perlu dinilai oleh kedua-dua badan di bawah Akta masing-masing..

Ir.Ts.Zamrin = Jurutera Professional dan Professional Teknologis.

Tapi apa kaitan pulak dengan Jurutera Elektrik Kompeten ?

Banyak aku nak kena kupas biar korang faham dan mula buka minda.. tak dapat banyak..dapat sedikit pemahaman pun jadi la.
Sebab kan banyak lagi episod aku nak tulis.

Pernah dengar tak term “Chargeman” atau penjaga jentera?.. x kisah la sama ada chargeman sekatan A0-A4 ( Low Voltage) atau BO11kV – B433kV ( High voltage).
Mereka ini dipanggil OK ( Orang Kompeten ) oleh ST ( Suruhanjaya Tenaga) apabila mereka lulus dalam peperiksaan mengikut sekatan yang di panggil.

Jurutera Elektrik Kompeten pun ditauliahkan oleh ST dibawah AKTA yang sama.

Tapi kat mana kedudukan JEK..kan dah ada chargeman ?

JEK bermula dengan JK-K1 atau JEK 11kV ..yang mana setaraf dengan BO 11kV.
Maksudnya, kerja-kerja  High Voltage 11kV dan kebawah ( meliputi skop  A0 sehinggan BO 11kV )

Hai, boleh letak nama supaya saya boleh tulis nama dalam content dengan lebih mesra?
Scroll to Top