‘Kekuatan’ gigi bongsu
Pada 21 Jan 2012 merupakan hari bersejarah dalam hidup..gigi bongsu telah selamat di cabut melalui pembedahan..dan sehingga sekarang ( hari ke 5, sakit masih terasa )..nak makan pun tak boleh buka mulut sangat..terlalu sakit. Benang jahitan pun tak pasti bila boleh di buka
Sebenarnya, gigi bongsu nitubuh atau keluar tanpa mengira usia. Kadangkala amat menyakitkan apabila sudah tiada ruang lagi di bahagian belakang geraham untuk ia keluar. Jadi, berkemungkinan ia akan keluar secara melintang dan menolak gigi geraham yang sedia ada. Jadi, bayangkanlah sakitnya
Gigi bongsu ini tiada fungsinya, jadi lebih baik di buang …
Kenapa nak kena buang?
Ia akan tumbuh di bahagian belakang dan amat susah untuk berus gigi sampai dan membersihkan bahagian gigi tersebut. Jadi, kebiasaannya sisa makanan akan terkumpul di situ..so, faham – faham la ye akibatnya..
- Mulut berbau
- Gusi akan bengkak dan berdarah
- Berkemungkinan akan bernanah kerana akar gigi yang tidak kuat
Kos untuk membuang gigi bongsu ini sedikit mahal bergantung di mana klinik swasta yang anda ‘lawati’.. tapi bersedia lah dengan harga RM 500 dan ke atas untuk sebatang gigi.
Jadi..elakkan la gigi tu dari menyebabkan sakit yang berpanjangan..cabut..jangan tak cabut.