Posted on January 22nd, 2012 by
zamrin in
List Building
Dia boleh lah… banyak list…senang la nak jual atau promosi affiliate…Macam kita yang baru nak mula, macam mana nak promosi..
Ini merupakan perkara pertama yang terpikir oleh semua orang yang ingin memulakan perniagaan internet. Soalan yang saya juga utarakan pada tahun 2005 ketika saya mula mengenali dunia perniagaan affiliate online.
Bagaimana nak mula kumpul list?
Perkara pertama – Tindakan dan lakukan. Pelik bunyinya. Untuk cepat mengumpul list, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah ” BERTINDAK dan LAKUKAN” seperti apa yang pernah IM otai lakukan. PPL adalah perkara paling cepat untuk mengumpul list
Perkara kedua – Jangan bertangguh untuk lakukan perkara pertama. Pilih niche yang anda fikir boleh / anda mahir. Maksud di sini ialah, kenalpasti hobi anda. Ia merupakan perkara paling mudah untuk anda buat video atau satu laporan ringkas ( produk PPL ).
Perkara ketiga - Elakkan ‘Trial and Error”. Daftarkan autoresponder yang di kualiti. Saya hanya sarankan AWEBER atau GETRESPONSE sahaja. Kena ingat, anggap la LIST anda adalah lubuk emas. Kalau menggunakan autoresponder yang tidak berkualiti perkhidmatannya…LIST anda akan jadi sampah kerana email yang anda hantar tidak sampai ke dalam ‘inbox’ mereka.
Perkara keempat – Bina kredibiliti anda melalui perkongsian info dan tips melalui email. Elakkan hanya melakukan promosi semata-mata. Letakkan diri anda dalam situasi penerima email. Anda pun sendiri bosan jika dapat email yang setiap kali hanya bertujuan untuk promosi ..
Perkara kelima – Ini merupakan perkara paling penting, sekiranya anda ingin memiliki list sendiri dan ingin menjana pendapatan online..semaikan dalam fikiran bahawa anda tidak silap memilih autoresponder AWEBER atau GETRESPONSE ..sekiranya anda terpaksa membayar RM 450 setiap bulan bagi 25,000 list yang anda miliki, maknanya anda masih “beruntung”.


Kebiasaannya, 3-6% merupakan responsive list yang akan membeli dari setiap email yang anda hantar.
Sekiranya anda mempromosi produk berharga RM80 dan 50% adalah komisyen bagi setiap produk. Mari lihat pendapatan yang boleh anda perolehi.
3% x 25,000 x RM 40 = 750 pembeli x RM 40 = RM 30,000
katakan hanya 1% yang membeli kerana niche yang kurang menarik , berapa komisyen yang anda dapat?
1% x 25,000 x RM 40 = 250 pembeli x RM 40 = RM 10,000
itu baru 1 produk dalam sebulan..kalau 4 produk dalam sebulan yang anda promosi..berapa pendapatannya?
Kirakan sendiri..:)