Kenali Saya..
Sedikit Pengenalan
Zamrin aka “AKU” adalah anak Peneroka Felda dari selatan tanahair. Dari sekolah tadika, sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah..aku bersekolah di kawasan felda yang sama..Kenapa? Mungkin aku kurang pandai rasanya..tapi yang pastinya..aku tak pernah memohon untuk bersekolah ke sekolah lain.
Sekarang aku telah menetap di Gelang Patah, Johor..yang dulunya aku tak pernah terpikir sama sekali untuk menjejakkan kaki..apatah lagi bermastautin di sana. Tapi sekarang bukan menjadi masalah bagi aku untuk berulang alik ke bandar JB (Jay Bee)..30 min perjalanan melalui Lebuhraya Perling – Tuas..
Sekarang, komputer dan internet merupakan ‘dunia’ kedua bagi aku. Padahal…aku tak pernah sentuh pun komputer sehinggalah aku tamat SPM. Nak memiliki komputer..jauh sekali. Internet lah yang banyak membantu aku menimba ilmu dari berbagai bidang sehinggalah ke ‘perniagaan tanpa sempadan’.
” Sekiranya orang lain boleh..kenapa aku tak boleh? “
Ungkapan ini merupakan kata-kata semangat yang aku gunakan untuk melakukan semua perkara yang baru. Jangan cepat putus asa untuk berjaya. …
Tapi..kenapa kadang- kadang tak boleh?
Sebab aku ada satu sifat yang jati..”MALAS” dan suka bertangguh..akhirnya..semua jadi Missing In Action..
Sekarang..aku akan berperang dengan sifat tersebut..Mungkin aku dah jadi PM kalau aku tak malas masa sekolah rasanya.. Tapi aku tak menyesal..kerana aku telah mempunyai ramai kawan-kawan blogger dan IM… kalau jadi PM..mana leh kenal dia orang… Semua ada hikmah..bermula dengan langkah pertama.. Tiada perkara yang logik untuk berjaya dengan sekelip mata..
