Tugasan 2009 telah berakhir, 2010 pula bermula
Buat pertama kali malam tadi saya dan rakan-rakan IM dan Blogger telah melaksanakan satu tugas yang amat berat dan lain dari yang lain untuk menyambut sambutan Tahun Baru 2010. Apa taknya, orang lain sibuk menyambut tahun baru dengan menghadiri pesta yang telah di anjurkan di sana sini..kami pula telah berkampung di Stesen Radio Internet FuhyooFM.
Dari pukul 8.40 malam sehingga ke jam 2.45 pagi, pihak FuhyooFM telah menyediakan satu slot khas bagi blogger dan IM untuk menjadi penyampai radio internet dan berceloteh berbagai topik. Malah, slot menyampaikan ucapan dan lagu permintaan lagu juga telah di lakukan dengan meriahnya.

Aturcara telah berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada blogger dan IM yang turut memberi sambutan sepeti Wan Mus, Rohaizad, Izat, Hisyam, SmartZul, Zaki,Smartzul, Nueman, Shaffik dan mereka yang telah sama-sama menjayakan slot tersebut. Tugasan untuk tahun 2009 telah berakhir..jadi bagaimana dengan langkah pertama pada tahun 2010?
Sama-sama kita rancang dan jayakan..

Kul 4:30 pg br tido… hehe
Memang hebat!!!
koyak rabak semua..pagi-pagi dah bangun pulak tu..
Korang memang fuyoooo
hehe
Sibuk-sibuk pun jangan tinggalkan solat.. mmm
Insyaallah..Itu bukanlah matlamat kami..:) FuhyooFM menyediakan ruang solat dan rehat..jadi tiada masalah untuk bersolat
bagus tu bro… contoh yang baik .
hehe
wah, bro dah ruang blogger untuk berkongsi maklumat dan informasi terkini tentang dunia blogging… Semoga berjaya.. Ini memberi semangat lagi untuk terus berblong
hai semua…apa khabar?
ada berita ape?
Saya berumur 45 tahun dan amat berminat untuk membuat blogging dan juga business on line terutama berkaitan dengan hasil kebun saya.
Bagaimana saya boleh mempelajari melalui sdra..setahu saya nak hadiri kursus/seminar internet selalunya la mahal…bagi orang kampung seperti saya serta pendapatan yang tidak menentu sudah tentu masallah bagi saya…bagaimanakah sdra boleh membantu saya dalam perkara ini
salam,..blogging atau IM tak terhad kepada faktor usia..Untuk mendapatkan ilmu yang jelas..sememangnya memerlukan modal yang untuk menghadiri kursus atau seminar. Perniagaan internet atau blogging adalah merupakan perniagaan anda yang sememangnya memelukan modal seperti perniagaan offline. Tapi jika untuk mendapatkan ilmu yang percuma, rujuklah di blog atau dengarkan segmen Dunia IE dan Terjah di FuhyooFM. Itu saja yang boleh saya bantu