zamrin dot com

Keputusan Rasmi PPL Gempak Newbie

Kempen PPL Gempak Newbie telah pun berakhir pada 31 Disember 2009, 8 hari lebih awal dari tarikh tutup yang di rancang. Sambutan yang diterima begitu membanggakan. Apa yang boleh di simpulkan, 16 Produk Gempak Newbie yang berbagai niche telah mendapat tempat untuk segolongan pembaca. Seperti yang di jangka, pastinya ramai menanti keputusan rasmi PPL ini di umumkan. Setelah kiraan komisyen dan semakan secara teliti di lakukan,  komisyen akan di bayar secara berperingkat dan di jangka akan selesai sebelum 31 Jan 2010.

Pihak Gempak Newbie begitu teliti membuat semakan bagi mengelakkan penipuan terutama yang mempunyai download dari IP yang sama sehingga 3 kali atau lebih secara berurutan . Malah, komplen yang diterima dari penerima email kerana SPAM juga akan terus kami buang dari senarai penerima komisyen. Kami terpaksa tegas dalam hal ini bagi mewujudkan persaingan yang sihat dalam perniagaan internet dan affiliate khasnya.

Pemenang akan menerima komisyen melalui transfer bank yang akan di buat mulai malam ini secara berperingkat. Kepada yang berjaya..saya ucapkan tahniah..kepada yang tidak mendapat komisyen, pihak Gempak Newbie akan memberikan beberapa produk dan ebook kepada anda sebagai ucapan terima kasih.

Saya akan mengeluarkan report mengenai PPL ini secara percuma tidak lama lagi sebagai panduan anda semua.

Berikut adalah 10 pemenang affiliate tertinggi dari PPL Gempak Newbie.

1. Panduan   ( Tempat Pertama – RM 200 + produk Niaga Kit sumbangan Labanon )

2. Razif Yusof  ( Tempat Kedua - RM 150 + 50% Diskaun produk Niaga Kit sumbangan Labanon )

3. mdadha   dan haszoor ( Tempat Ketiga – RM 50 + 50% Diskaun produk Niaga Kit sumbangan Labanon ) – jumlah komisyen sama

4. wanmus              

5. psiber77

6. blalang

7. richie

8. jobsmalaysia

9. kerajaan

10. smartzul

Tahniah kepada pemenang.. :) . Kepada yang tidak berjaya, bukan bermakna anda tidak akan berjaya selama-lamanya. Mungkin ada kelemahan yang perlu anda pelajari dan perbaiki. Keputusan adalah muktamad.

PEMBETULAN :

Tahniah kepada saudara Haszoor kerana berjaya menduduki antara ranking 10 affiliate teratas  (berkongsi tempat ketiga kerana jumlah komisyen adalah sama ) kerana pihak gempak newbie telah terlepas pandang akan affiliate beliau. Beliau menggunakan affiliate haszoor manakala yang melakukan SPAM menggunakan affiliate haszoorr.  Kepada ahli yang berjaya, anda masih mendapat komisyen..hanya kedudukan ranking berubah.

Kenapa Perniagaan Internet? Laporan “Saya Punya Akaun Masyuk” hampir siap.

12 Responses to “Keputusan Rasmi PPL Gempak Newbie”

  1. wanmus says:

    hoho..nombor 4..sikit lagi nk dapat komisyen tambahan tu.hehe..takpelah yg penting projek gempak newbie ni berjaya mencapai sasaran yang diinginkan

  2. JAMAL says:

    dapat no 9…hebat tuh!:)

    taktahu komisyen berapa..dah dekat sebulan tak tengok..

    good luck bro zamrin…saudara memang baik hati kerana membantu orang lain terutamanya newbie dalam mengumpul senarai email…

    Tahniah kepada yang berjaya!

  3. sam says:

    Tahniah dan terima kasih kepada saudara Zamrin kerana memberikan hadiah yg lumayan kepada pemenang..

  4. blalang says:

    erk tersenarai juga rupanya..yg lain aku kenal, nick panduan memang ngetop. siapa tu zamrin? boleh buat JV ni :)

  5. Panduan says:

    Salam Bro.. Terima kasih kerana menganugerahkan saya tempat pertama.. Komisen saya dah terima.. Cuma hadiah lagi satu tu mcm mana nak claim.. Boleh try berniaga online pulak..

    Terima Kasih sekali lagi…

  6. daim says:

    knp akaun adsense sy xdpt nk aktifkn,ap kekurangan blog sy?katanya
    * Anda mesti memberikan maklumat peribadi yang tepat dengan aplikasi yang anda
    sesuai dengan maklumat di halaman anda.
    * Website anda harus mengandungi substansial, kandungan asli.
    * Situs Anda harus mematuhi kebijakan program Google AdSense.
    blh tlg sy zamrin..

Leave a Reply