zamrin dot com

Kenapa Perniagaan Internet?

Perniagaan Internet? Perniagaan Online? IM?

Bila lihat tajuk di atas, ramai yang masih sangsi tentang perniagaan internet. Saya sendiri pada awal penglibatan..masih ada sikit kesangsian. Adakah betul atau hanya metos..boleh menjana pendapatan..sehinggalah mendapat 1usd /RM1 pertama.

Bagi anda yang ingin melakukan perniagaan internet..harus ingat..Ia bukanlah semudah A,B dan C. petik jari dan boleh menjana pendapatan. Jika ingin menjalankan perniagaan internet yang genuine..kena bersabar, usaha dan terus berusaha. Gunakan cara yang betul.

Jalan pintas hanya untuk kekayaan sementara..yang digunakan oleh scammer dan spammer. Saya sendiri pernah mendapat email dan juga mereka yang tulis di blog saya..

” boleh ajarkan saya? saya tak tau apa-apa”

Jawapannya mudah..tak tahu apa-apa maksudnya anda tidak menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan ilmu tentang apa yang anda tak tahu. Dapatkan maklumat sehingga anda tahu perkara asas. Barulah mudah untuk anda mempelajari teknik melakukan perniagaan internet yang sebenar.

Berapakan $$$ yang sanggup anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar dari saya atau IM lain? Jawapan pastinya anda tiada duit..tapi jika wujudnya skim cepat kaya..berapa cepat anda boleh ‘mendapatkan modal’ untuk memulakan pelaburan tersebut? Fikir-fikirkan…

IM, Blogging atau DJ? Keputusan Rasmi PPL Gempak Newbie

80 Responses to “Kenapa Perniagaan Internet?”

  1. Ahmad says:

    Sy rasa perniagaan internet adalah perniagaan yang mengunakan modal paling sedikit kerana,basic utk ilmu sudah ada di dalam network,tempat promotion ade free n ade berbyr.Bergantung pada individu untuk menilai.

    Strategies matter your passion rules.
    http://sumberhartanah.blogspot.com
    http://www.smartdata.com.my

  2. zul says:

    salam sejahtera saudara zamrin,
    berkenaan dengan perniagaan internet, saya penah buat ebay sekejap and dapat laa sket sebelum akaun kena limited access. sekarang tengah usha nak wat affiliate. tapi sampai sekarang saya masih blur ape perniagaan internet yang sesuai untuk saya? bagaimana untuk mengenalpasti model perniagaan internet yang paling serasi untuk kita baik dari segi operasi dan tentunya berapa modal yang sanggup dikeluarkan? harap saudara zamrin ada tips untuk persoalan ini. terima kasih dan selamat maju jaya.

    • zamrinmz says:

      salam zul,
      seharusnya zul tidak sering menukar model ataupun platform perniagaan.Sering bertukar-tukar model perniagaan bukanlah satu perkara yang sihat untuk membina perniagaan internet zul. Apa yang saya boleh katakan..zul telah berjaya memperolehi pendapatan dari ebay..berbanding orang lain yang masih gagal menghasilkan $$$ pertama dari ebay. Seharusnya zul mengkaji kenapa akaun kena limited access dan elakkan perkara tersebut dari berulang. Dengan itu..barulah zul dapat membuat improvement dalam perniagaan ebay zul

  3. joperi says:

    salam sejahtera saudara zamrin
    banyak sudah saya membeli ebook, tetapi 1 pun belum mendapatkan hasilnya. yg lebih malangnya apa yg dikatan bukanlah semudah A,B dan C. petik jari dan boleh menjana pendapatan itu adalah betul. saya ingatkan ianya mudah tetapi kadang kala kurang faham juga olehnya.

    • zamrinmz says:

      salam sejahtera Joperi,
      Apa yang dapat saya simpulkan, situasi Joperi hampir sama dengan zul, cuma Joperi belum memulakan langkah kegagalan…Ingatlah…setiap kegagalan merupakan 1 pengalaman berharga. Buat sedikit kajian, mana satu model ataupun platform yang lebih sesuai dengan jiwa dan masa Joperi. Tiada jalan mudah dan ringkas untuk berjaya..cuma yang ada ialah ringkasan dari berjuta-juta langkah yang harus kita lakukan agar kita boleh membuat persediaan awal.

  4. edward says:

    Ya.

    Saya setuju dengan pendapat anda.

    Kita patutlah gunakan kemudahan komputer mendapatkan ilmu.

    Kita boleh gunakan laman web carian seperti Google mencari pelbagai ilmu yang kita nak.

    Kadang-kadang ilmu yang anda nak mungkin bukan percuma, barulah anda membeli buku atau ebook.

  5. mr ron says:

    seh sokong apo yg bro zamrin katokan….
    “jgn bypass”

    –>tgh pening ni nak godak afd….
    ado sesapo expert?

  6. Mohd Nasir Bin Tajudin says:

    Salam en Zamrin,you are right abt internet biz
    n the wonders it has created. I am still on the brick-and-mortar biz model but slowly learning abt e-commerce & eBay-preneurship i.e drawing upon technology, to create a legitimate and competive biz which it’s part of our culture now, accounting for more than half of all bisinesses worldwide. Most importantly for internet biz ( correct me if i’m wrong ), we have to know what r the upside and downside risks involved and @ the moment i am developing a biz model ” Risk Mgt for Small Biz ” which i found lacking amongst our SMEs.
    I can share with you some of my thoughts later when i complete the same and if you don’t mind would appreciate your comments n feedback on this matter.
    I am also will Fw: u later the latest email that i received just now on 10 Young kids on the block who have become millionaires via internet biz and i wish you’ll b the 1st Malaysiant to join them or kita sama – sama. What say u bro, Zamrin.
    Finally,keep in mind while hardwork and knowledge will get us close & attitude will get us there, it’s the love of God that will put us over the top!
    Happy New Year 2 u & all our internet biz buddies. I wish all of you a great 2010 full of vibrant health, energy with prosperity and
    fulfillment. Hope to meet up with u, En Zamrin one of this day dan Selamat Maju Jaya dalam Perniagaan Internet.

    Ikhlas dr,
    Nasir

  7. Mohd. Noor says:

    … terima kaseh dan saya tidak lah berapa tahu untuk
    beri komen. terima kaseh sahaja..

  8. shaharil says:

    salam.Bagi saya perniagaan internet ini mudah dan senang diuruskan serta tak perlu jumpa orang.
    Tapi saya mempunyai masalah untuk memilih model perniaagaan internet dan tak tau nak buat yang mana satu…

  9. Faizalhypro says:

    Salam
    Ya betul, saya salah seorang yang telah terlibat dalam skim cepat kaya

    ha ha ha…..

    Tapi sekarang saya telah jumpa jalan buat duit diinternet…

  10. omecool20 says:

    Saya memang dah banyak melabur dalam pembelajaran saya tentang perniagaan internet, sejak 2, 3 tahun. Bagi saya, yg penting jika mahu berjaya adalah fokus dan usaha yang berterusan. Kalau nak fikirkan modal yang keluar, byk juga, tapi for me it is all about cara nak belajar. Ada jalan itu dan jalan ini. Pilih mana satu, asalkan legal la ;-)

  11. aziz_aini says:

    Salam pada semua

    saya tak tahu nak komen apa sebab saya baru dalam dunia pernagaan internet ni. Banyak yang saya tak tahu dan faham, masih mencari-cari……

    terima kasih.

    • zamrinmz says:

      bermula dengan menulis di sehelai kertas..apa yang anda nak cari dan apa yang anda tak tahu. Rangka soalan adalah permulaan untuk mencari maklumat

  12. awanbiru00 says:

    Salam Saudara Zamrin
    Saya pun sama mcm Joperi tu.Ebook dah banyak beli tapi masih takde hasil.saya pun tak pasti.

    • motokriss says:

      Salam en awanbiru00,
      Saya sebelum ini sama seperti saudara, beli buku banyak gila dan akhirnya satu tak menjadi. kemudian saya muhasabah diri dan akhirnya saya bertemu jawapan. Saya tidak fokus dan belajar tak habis.
      Saya ambil contoh, Pada permulaan saya beli buku pasal adsense. baru buat sekerat jalan saya dah bertukar pada affiliate, banyak buku affiliate saya beli tapi tak ada hasil. kemudian saya sibuk baca pasal blog, namun hasil masih mendukacitakan. sebenarnya bila saya kaji semula, saya tak bermula dari basic dan terlalu inginkan jalan pintas untuk melihat hasil.
      Setelah saya faham sebab kegagalan saya saya mula fokus. Saya fokus pada blogging sahaja dan saya fokus pada usaha untuk mendalami ‘niche’ blogging. Saya dalami asas setup blog, menarik traffik ke blog, mencantikkan blog, sentiasa membuat post-post baru dan mencuba program-orgram yang berkaitan dengan blog.

      Satu perkara yang saya pasti adalah bukan mudah untuk membuat duit dengan blog, kalau tidak sudah tentu ramai gila yang dah kaya dengan blog-blog mereka.

      Saya kaji rahsia mereka menjana dengan blog dan teruskan usaha untuk berblog walaupun belum nampak hasilnya. Saya yakin pasti akan ada sinar dikemudian hari.

      satu tips dari saya, pilih lah satu idola dan jadikan dia model. contohnya idola saya untuk blogging sekarang adalah en Rohaizad dari http://rohaizad.com. saya ikuti seminar dia dan ikuti cara dia. dia dah buktikan ia berkesan dan saya yakin bila saya ikut cara dia saya juga akan mendapat hasil yang sama.
      Tak perlu Try and Error;)

      • zamrinmz says:

        em..satu pengalaman yang menarik..nantikan saya, rohaizad dan smartzul keudara diradio internet FuhyooFM.com pada malam ini jam 8.30 malam ke 11 malam. Jom lepak di FuhyooFM..

      • Zalifah says:

        Betul la motokriss,

        saya pun sama seperti awak. cuma saya gila buat MLM. mcm2 MLM saya masuk tapi yg jalan 1 2 aje. yg lain berkubur camtu je. masalahnya sama cam awak. TAK FOKUS! hahahhaaha

        Jadi sekarang saya dah mula tumpukan perhatian pada 1 2 biz MLM yg jalan tu. heheheh buat yg itu dulu sampai berjaya. Alhamdulillah setakat ni hasilnya lepaslah buat belanja dapur. Tak banyak lagi. maish perlu usaha keras.

        Berniaga di internet tak semudah yang disangkakan. saya pun terjebak jugak dgn program2 cepat kaya ni. konon ble dapat 50,000 la 60 ribu la, perghhh angka banyak tak henggat. pastu bila buat baru tahu susah sebenarnya.

        itu yg beralih pada MLM. MLM ni bagus sebenarnya cuma bila buat banyak sangat dia jadi tak terbuat! harap pahamla apa yg saya nak sampaikan ni.

        Sekarang saya tengah belajar berblog. belum ada blog lagi! hehehhe tak pandai nak buat. masih dok belajar & tengok blog org lain. Insyallah dah pandai nanti nak gunakan blog bagi tujuan pasarkan biz MLM yg saya dok buat.

    • yus says:

      salam awanbiru, samething berlaku dekat saya jugak, awak ade try masuk ws domain? no hasil setakat nie

  13. Wahab says:

    Salam Bro…& rakan2 sekelian.

    Saya telah faham kebanyakan konsep perniagaan internet setelah membuat beberapa kajian dan akhirnya saya fokus pada program Affiliate sebagai permulaan.

    Namun apa yang menjadi kemuskilan pada saya & mungkin ramai rakan di luar sana adalah dari segi teknikalnya.Kecekapan & faham teknikal saya lihat menjadi perkara utama ramai gagal untuk maju.Segala panduan ebook percuma dan berbayar boleh didapati namun perkara yang terbaik adalah menghadiri kelas / berguru.

    Perkara kedua yang saya lihat adalah teknik promosi yang tepat dan betul.Kerana bukan semua kaedah boleh di gunapakai dalam semua program internet.Promasi yang tepat saya lihat antara faktor yang dapat mengalirkan wang ke akaun anda.Terdapat 1001 cara promosi yang berlainan, namun saya hanya fokus yang sesuai saja.Kita jadi blur bila kaji semuanya.

    Banyak faktor lain sebenarnya.Tapi itulah kelemahan terbesar saya,teknikal dan promosi.Namun saya fikir lebih baik saya mengikut saja jejak IM berjaya/otai yang berjaya mempunyai kredibiliti yang tinggi mampu membuat sales dengan mudah.

    Maka saya mengikuti dengan dekat Mazelan Abas & Zamri Nanyan yang telah terbukti berjaya dan belajar dari mereka,kebetulan mereka juga sangat berjaya dengan program Affiliate yang saya ceburi.

    Sebenarnya ramai IM yang berjaya seperti Bro Zamrin ni.Segala panduan dari mereka sangat berguna.Kepada rakan2 sekalian rujuklah pada mereka ini.Namun kena ada caranya.Jangan sembrono aje.Kena berhemah sedikit.Mereka ni macam artis siber.Mereka pun ada privacy juga.

    Tumpang lalu Bro Zamrin…he..he..ha gitulah caranya.

    • zamrinmz says:

      Saya bersedia berkongsi ilmu di blog saya berkaitan tips perniagaan internet. Mungkin apa yang anda cari..ada di sini, mungkin ada di blog orang lain..Rajin-rajin la melawat blog.

  14. annuar says:

    Alhamdulillah, saya dah merasa hasil dari perniagaan internet ini. Apa yang saya yakini dari pengalaman ini ialah kita jangan cepat putus asa dan teruskan promosi dengan segala cara yang kita tahu. Kalau masih juga tak berkesan, review semula cara-cara pengiklanan tersebut dan teruskan lagi pengiklanan atau promosi. Cuma bila nak review itu kita kena cara untuk mengesan setiap satu cara tersebut.

  15. Lip says:

    Memang bukan senang untuk memulakan perniagaan internet,lebih-lebih bagi yang baru saja melangkahkan kaki.Rata-rata yang pernah saya jumpa atau bersembang tentang memiliki laman web,semuanya kata..”wah boleh tahan ooo..ada laman web lagi ooo”Apa lagi bila bercerita tentang income yang kita dapat melalui laman itu,semangat berkobar-kobar ingin meniaga juga di internet.
    Tapi bila buka komputer pun tidak tahu apa itu microsoft word atau seumpamanya bagaimana nak mula.Suruh beli ebook kata mahallah,malas bacalah tiada masalah..pelbagai alasan.Kemahuan ada tapi malas bertindak.
    Ada pula yang ingin berjumpa untuk minta tunjuk ajar camana nak buka website.Rasanya saya bodoh untuk jumpa untuk memberi tunjuk ajar sebab bukan sejam dua atau sehari dah pandai…lagipun dapatkah tangkap apa yang di terangkan?
    saya mula-mula dulu bukan main payah klik sini klik sana cari maklumat.Budget pun tak mengizinkan.Last saya belajar buat website percuma.Itupun pening kepala rujuk sini rujuk sana.Jika ada kemahuan pasti ada jalan belajar.Tapi saya rasa saya tidak membuang masa kerana saya kini tahu keperluan dalam berniaga di internet seperti sistem email autoresponder,bank,cara mengarah pembayaran,iklan dan promosi dan banyak lagi.
    Pendek kata nak pandai kenalah belajar sendiri dari asas.Seperti mengenali words,buat video,paint,screen shoot, dan banyak lagi.
    Kesimpulanya,nak berniaga online kena belajar sendiri seperti baru masuk sekolah darjah satu.Belajar sedikit demi sedikit.Pasti pandai punya..
    Terima kasih.

    • KencanA says:

      huhu.. geram sungguh nmpknye senior Lip kita nih. Tp mmg ada btulnye.. mmg bkn senang.. tp pd sy masih dlm kategori senang, klu nk dibandingkan dengan secara offline. 1001 macam peluang ada kat internet nih. Sesuai untuk belajar mengenali perniagaan. Kos pn x tinggi sgt.. Berbaloi-baloi:)

      Klu dulu sy wat apa2 secara offline, x nmpk langsung konsep sebenar perniagaan. Main hentam je.. duit pun lebih bnyk kluar dr masuk. Tp bila cuba blajar dan buat melalui internet, walaupun gagal.. sy dpt rasa yg sy telah melangkah setapak demi setapak ke hadapan. sangat terasa. dan automatik sy nmpk dmana kekurangannya. berbeza btul klu start dr zero dengan cara offline nih.

      Cuma sblum kita mula nak wat apa yg kita nak, ketahui dulu serba sedikit apa yg diperlukan. contoh mcm perisiannye ke, langkah2nye ke.. apa2 lah yg bleh menjwb persoalan seperti kenapa..?, bagaimana..?, dimana..?, apa..?

      Mmg susah skit la.. tp susah sbb x tau.. bila dah tau.. lain mcm aktifnye nnt..:p

  16. mohd johadi says:

    salam bro zamrin & rakan2 sekelian. Sebenarnya perniagaan internet adalah semudah A.B.C bagi yang sudah otai ataupun yang sudah sekian lama menjalankan perniagaan internet. Tetapi bagi saya yang masih lagi newbe adalah amat sukar kerana banyak lagi ilmu yang harus di cari. walaupun ilmu sudah berada di depan mata, Jika kita tidak mencuba melaksanakan ilmu yang kita pelajari selagi itulah kita tidak dapat hasilnya.

  17. Salam bro … aku masih newbie dlm hal ni. Seperti mereka, aku juga beli pelbagai ebook dr Adsense hingga Affiliate. Aku juga antara yg belum dpt apa2 hasil yg boleh dibanggakan lgi.Tetapi aku x berputus asa kerana bukan senang dari Zero nk jadi Hero ..
    Ape pun, kepada mereka yg seperti aku ni ..jangan kecewa sekiranya belum berhasil kerana ebook atau info yang kita dapat sebenarnya gedung ilmu yang amat berguna cuma munkin belum sampai masa utk digunakan lagi atau kita belum cukup mahir mempraktikannya.

  18. norizam says:

    Saya baru sangat dalam dunia perniagaan internet,banyak yang perlu saya pelajari dan sangat berharap untuk mendapat panduan dari saudara Zamrin.

  19. msarbin says:

    Menceburi bidang IM memang sesuatu yang amat mencabar bagi saya yang masih berkerja 9-5.

    Namun saya masih berminat untuk mendalaminya. Ia memerlukan satu tahap disiplin dan fokus yang tinggi. Dan itulah yang menjadi masalah pada saya.

    Saya juga seperti Zul, telah berjaya menjana beratus USD dalam masa beberapa bulan tetapi akibat dari beberapa masalah yang menimpa, maka perniagaan Internet terpaksa diberhentikan.

    Apabila terjadi perkara seperti itu, orang baru seperti saya cepat untuk berubah mencari model bisnes internet yang lain lalu fokus telah berubah.

    Jadi menjelang tahun 2010, saya berharap dapat bertumpu pada satu model bisnes Internet sahaja. Apa nasihat bro Zamrin?

    p/s: Blog2 saya masih belum pecah telurnya. Tapi dah ada 2 yang dapat PR1. Cheers!!!

  20. zabuhassan says:

    Salam. En. Zamrin, apa yang anda cakap itu memang benar. Kita harus sabar dan jangan cepat putus asa. Saya pun dah banyak habis duit tapi saya harus cuba dan terus mencuba.

    Sekian. Terima kasih.

  21. Zahrul Azua says:

    Zamrin,

    Tahniah kerana mewarnakan lagi industri perniagaan internet tempatan. Bila kita sama2 membuka pasaran barulah akan lebih ramai lagi insan2 yang akan berurusniaga di internet.

    Saya pun nak beri pendapat dimana dalam dunia perniagaan internet ini satu perkara terpenting bagi bersaing adalah membina nama dan kredebiliti. Jadi bagi yang baru bermula …mulalah bina nama dan kredibiliti… untuk permulaan jangan terlalu fokuskan hanya pada mencipta jualan semata-mata.

    Beri imej siapa kita… dan kalau kita asyik bertukar platformperniagaan… pasaran akan keliru siapa kita untuk mereka…

    Wallahu ‘alam.

  22. Cikgu Ina says:

    Salam Zamrin,
    Masa mula-mula saya mengenali bz internet, saya memamang blurr & confused sebab info overload,macam2 ebook saya beli. Then, last year saya menghadiri satu seminar (kan kita ada jumpa di Seminar Ammar Zahar). Di seminar ini saya telah terbuka minda bagaimana hendak memulakan bz internet the right way. Sekarang saya sudah pun menjadi ahli GempakNewbie n dng bimbingan Zamrin n rakan2 GempakNewbie saya mula mengorak langkah yg betul dlm bz internet. Alhamdullillah, sekarang saya dah boleh buat website, mengajar org buat website dan macam2 lagilah! TQ very much!
    Nasihat saya kepada org baru, carilah MENTOR yg boleh membimbing anda, jangan lokek keluarkan duit mencari ilmu,belajar perkara asas ttg bz internet, macam2 info boleh dicari d internet. Yang penting, kena sabar & jangan cepat putus asa!
    Saya ni kira dah berumur jugalah, anak2 remaja saya lagi “terror” menanipulasi internet. Saya belajar dng anak2, jangan segan bertanya!
    Fokus kpd satu2 perkara eg blogging, bila dah mula nampak berjaya, boleh cuba yg lain eg. buat ebook pulak.
    Kepada zamrin yg tidak lokek ilmu – SEMOGA ANDA TERUS BERJAYA & DIBERKATI ALLAH! AMIN…..

  23. Thoha says:

    salam bro..

    betul apa yang saudara cakap yang perniagaan internet tidak semudah yang di sangka..
    rezeki tidak akan datang bergolek..
    hanya orang tekun dan sabar akan mendapat hasil dari usaha mereka…

    • zamrin says:

      saya selalu set dalam minda saya…perniagaan internet bukanlah platform untuk saya berehat, tapi usaha yang diperlukan adalah 2 kali ganda dari mengusahakan perniagaan offline. Sukar untuk menyakinkan pembeli yang bukan di depan mata untuk mengeluarkan $$$ dari poket mereka tanpa keyakinan yang kuat.

  24. adams says:

    Pandangan yang menarik ,saya setuju dgn saudara,saya mendekati online bisnes ni dalam jun 2009 and get rm10,now i xdpt lagi,nape ek,adakah kurang promosi..leh give opinion ek..

  25. farrah diyana says:

    salam…
    i would like 2 ask u a few questions regarding e-biz..
    i’m studying in unimas,sarawak..
    as a student who come from selangor,it’s quite hard 4 me 2 adpt myself wif diz place..
    1 important thng i hv 2 manage is the finance..
    i got the scholarship bt i hv 2 pay back after i’m finish study..
    i’m thnking dat i should get more money to survive in here cz da live cost in srwk is quite different compared 2 peninsular..
    so,i would like 2 try involve in diz field..
    nw,i’m doing topup bisnes since it’s hard to get topup+sumtymes we hav 2 pay xtra 50 cent..

    • zamrin says:

      Hi Farrah,

      There is a lot of opportunity for you to make money from internet.Let start from low risk ebiz.You can choose ebay, lelong or other an affiliate program.Or you can start with blogging.Think positive..If student like Ammar Zahar and Mawardee can earn $$$ from ebiz….I didnt see any reason why Farrah Diyana can’t.

  26. aerine says:

    hi…sblm ne penah dgr mcm2 perniagaan internet n byk yg kena banned…pnh sekali sy ikut tp blm sempat dapat apa2, da kena stop…sia2 duit sy ms tu…kira da serik la…x berani da…

    • zamrin says:

      nak kena betul2 faham..aerine bina perniagaan internet sendiri ATAU melabur ke dalam perniagaan internet orang lain? 2 scenario yang berbeza tu..kena faham betul-betul.

  27. AmrilMuidz says:

    Salam Bro Zamrin..

    Yup..everything needs money…begitu juga jika kita nak belajar ilmu perniagaan internet…perlukan duit…ramai yang bertanya pada saya…”aku tak ada modal tapi nak buat duit ah boleh ker?”…Itu persoalan yang ramai orang bertanya pada saya..dan jawapan yang saya cakap adalah…TIDAK…

    Bagi saya walaupun model perniagaan seperti affiliate hampir memerlukan modal sifar…tapi ia agak susah untuk membina perniagaan internet yang sebenar…

    Bukan senang nak berniaga..tapi jika kita sudah dapat “tune” insyallah rezeki akan datang sentiasa…

    Nice info bro Zamrin…sentiasa lah berkongsi ilmu dengan semua agar kita juga mampu untuk belajar….

    Salam
    Amril Muidz

    • zamrin says:

      Betul tu Amril. Perniagaan internet seperti affiliate memang tidak memerlukan modal dan hampir zero cost..tapi kena pandai menguasai teknik marketing. Jika mempunyai website yang cantik, sales letter yang menarik..tapi tiada trafik..macam mana nak terhasil $$$ pertama..

  28. rizal says:

    Salam saudara zamrin saya sekarang cuba buat adsense tapi masih kabur lagi maklumlah baru belajar duit dalam adsense pun baru 9Usd itu pun pakai blogger percuma bagaimana saya mahu meningkatkan income adsense saya sebab saya rasa anda seorang aim yg sudah berjaya seperti irfan tq

    • zamrin says:

      Salam rizal, saya masih seperti anda..belajar dan terus belajar. Malah, saya sendiri tidak fokus adsense sebagai punca mata pencarian atau pun sumber pendapatan internet saya…Uncle Google ni suka main tarik tali.Tapi sekiranya rizal betul2 ingin kuasai adsense..dapatkan la produk seperti JanaWang Adsense, Raja Adsense atau pun F2R. Ia mungkin membantu sedikit sebanyak pendapatan adsense Rizal

  29. annis79 says:

    Salam…seronok tul baca comment2 you all. Aku ni masih new bie kat dunia online ni.Semoga berjaya you all semua…

  30. Beli Ong says:

    Memang betullah gak, Pak G tak berapa suka kita orang timur atau pun Malaysia kot…Rizal, aku kena congrat u dapat USD9 dari GA, nasib aku ni tak dapat pun ID dari GA.. aku ada F2R, BuatDuitInternet dan JWA Ver2.1, tapi apa daya masa sekarang pintu Pak G ketat ditutup untuk kitorang…tolong beritau panduan apa Bro Rizal pakai masuk pintu Pak G? Mana tahu ada cara azimat masuk pintu ‘ringan Timur’ ini. Salam. Terima kasih.

  31. atie says:

    biz online tak mudah 123 dgn ketekunan aje pasti berjaya.

  32. Abd Wahab says:

    Kepada mereka yang baru hendak memulakan perniagaan internet eloklah belajar dahulu perkara asa mengenai IM.Maksud saya web hosting dan autoreponder.Saya juga masih baru dalam IM ini tetapi dengan mempelajari asas perniagaan internet ini telah memberi semangat dan lebih jelas hala tuju kita dalam IM.Sekian lah sedikit pandangan saya tentang internet marketing Terima Kasih

    Abd Wahab
    0193235269
    http://eastexpress.ws/sekolahpercuma.html

  33. aieed says:

    mcmana nak buat taging & pining di website kita…????

  34. zull6666 says:

    how to be successfull like u ..tq

  35. Mazlan says:

    Saya perlu study properly first before enter in deeply..

  36. daim says:

    sy xtaw nk wat laman blog ape,,xde idea,,

    • zamrin says:

      salam daim,
      Idea akan datang bila dah start buat blog..sebab bila dah ada blog, kita akan terpaksa untuk update blog..selagi x buat blog..sampai bila-bila tiada paksaan…jadi selagi itu daim x akan bermula

      • daim says:

        aslkm abg zamrin,sy ade wat 1 blog.. tp sy ad ikut panduan ebook yg sy beli dhlu,tp knp akaun adsense sy xle nk aktif ye??dan 1 lg sy nk abg zamrin tlg tgk mn taw ade yg slh ke,xkne ke ngn blog sy ni.. (topgear-daim.blogspot.com).

        • zamrinmz says:

          salam daim,

          Blog tu dah ok pada saya..Adsense x de kena mengena dengan blog..sekiranya adsense x aktif..kena hubungi pihak support adsense. Tu aje caranya untuk aktifkan kembali akaun adsense..kalau kena banned..agak sukar..

  37. banjori says:

    zaman berubah maka segalanya perlu perubahan,so perniagaan internet adalah cara terkini dalam penyesuaian masa. Mungkin satu masa semua internet Marketer jual kompenen kapal angkasa atau juga boleh jadi IM.Presiden.

  38. eka says:

    modal kat mana yang nak dikeluarkan 2..brape plak kena wat kuaq 2…dia tolak dari akaun bank kita 2…xphamla..memeningkan betul..besala baru nak bertatih lgi…sori yea tuan zamrin..

    • zamrinmz says:

      salam eka,

      Ada yang kuar modal berpuluh-puluh ribu..tapi x berjaya..ada yang keluar modal untuk belaja dan lakukan perniagaan..modal hanya beberapa ratus saja..Penentu kejayaan perniagaan internet bukanlah modal..tapi kesungguhan dan usaha..

  39. faizulnoor says:

    Salam bro Zamrin.
    Saya setuju dengan pendapat bro, untuk bermula dengan bisnes di internet bagi yang baru dan tidak tahu apa-apa perlulah belajar perkara asas seperti macam mana nak buat website,nak paparkan di internet dan sebagainya. Terdapat banyak panduan percuma di internet dan juga panduan berbayar. Yang penting fokus perkara yang perlu di buat. Belajar satu per satu.
    Sudah faham dengan pembelajaran yang pertama, teruskan kepada langkah yang berikutnya. Ambillah masa untuk belajar bagi yang baru bermula. Tanyalah kepada mana-mana IM yang anda jadikan idola. Kepada IM yang sudah lama bertapak di internet, berkongsi ilmu dengan orang ramai satu amalan mulia. Thanks bro Zamrin di atas perkongsian ini.

    Terima kasih.

    Ikhlas,
    Faizul Noor.

  40. helmi says:

    salam.
    selama ini saya asik membaca sahaja.
    boleh tak saudara bagi saya tips yg betul untuk menjana pendapatan di internet.dah berpuluh ebook saya beli.tapi 1 pun tak berhasil

  41. Amir Azros says:

    Salam,

    Dalam zaman serba moden ni, ramai yang mencari peluang untuk membuat duit di internet. Saya juga tak terkecuali. Betul kata saudara Zamrin, untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita kena ada kesungguhan dan kesabaran. Selain itu, terlalu banyak rintangan yang akan kita lalui. Mmg kebanyakkan newbie, akan beli bermacam-macam ebook untuk panduan. Kadang-kadang terasa rugi sebab banyak keluar duit. Tetapi percayalah, xrugi kalau kita mempelajari sesuatu untuk mendapatkan ilmu. Yang penting, kita kena ikhlas untuk berniaga di internet nie. Bukan kerana nak buat duit semata-mata. Insyallah, kita semua pasti berjaya :)

Leave a Reply