Radio untuk IE / Blogger
Pada 16 Dec jam 8.00 malam, telah berlangsung satu upacara rasmi pelancaran Radio Internet FuhyooFM di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor. Saya telah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan upacara pelancaran radio internet tersebut.
Ada beberapa blogger juga telah hadir antaranya Rohaizad, Nueman, Cyza, Smartzul dan yang tak dapat saya tuliskan nama mereka disini. Memang ramai telah ketahui, terdapat banyak radio internet yang telah di wujudkan sebagai salah satu platform hiburan untuk semua.
Tapi yang menarik perhatian kami untuk hadir ke pelancaran Radio Internet FuhyooFM adalah kerana ia merupakan satu-satunya Radio Internet di Malaysia dan mungkin di dunia saya rasa yang memberikan pengkhususan kepada pendidikan dan mempunyai slot khas untuk IE dan blogger Malaysia untuk memberikan tips-tips yang berguna untuk pendengar radio tersebut.
Ada beberapa rancangan yang di telah atur oleh pihak pengurusan FuhyooFM untuk para blogger dan IE (Internet Entrepenuer ). Slot 1 jam setiap minggu pada setiap khamis akan memberi peluang kepada blogger dan IE untuk berkongsi ilmu kepada semua.
Selain itu, pihak FuhyooFM sedang dalam perancangan untuk menaik taraf keupayaan kepada 15 ribu pendengar pada satu masa kerana meraka mahu setiap newbie berpeluang untuk mendengar celoteh bloggger ketika slot mereka keudara. Ini adalah satu peluang yang tak harus di lepaskan oleh semua untuk menimba ilmu secara percuma.
Satu alternatif terbaik selain mendapat ilmu melalui forum
Berikan pendapat anda..

bagus. Satu usaha yang bagus untuk masa depan IM dan bLogger Malaysia.
syabas sdra..sampaikan salam kepada team fuhyoofm kami dari singapura angkat topi kepada anda semua kerana berjaya membina satu lagi perisian menarik untuk dilayari dan ianya buah tangan bangsa kita.. bangsa melayu… aku bangga sdr… naikkan taraf listner…lebih tinggi dari yang sdr katakan itu… biar dunia tau… tq…
sdra… apa kata pelawa rakan blogger dari Singapura ke Fuhyoofm …let them c…how the radio internet fuhyoofm base on education can on air over the world… mana tau some networking over the causeway …we explore the real thing…. go head geng….fuhyooofm….
emm..tak sangka pulak blog saya..org Singapura pun baca..Terima kasih pada husin dan Ida. Salam perkenalan dari saya.. Oh ya..kami memang mengalu-alukan blogger melayu dari Singapura untuk sama-sama memeriahkan FuhyooFM..Jangan terkejut..Taufik salah seorang DJ FuhyooFM keudara hanya melalui singapura tak lama lagi..
bagus nih… blh denga online… x payah teruk2 nk baca ebook.. huhu
Salam,
Jika anda tidak berminat, sila sebarkan kepada kawan lain.
http://fxxxxxxxx.com/recommends/kumpul-wang
Terima kasih.
piee
Maaf bro..Blog saya bukan untuk SPAM
waaa..camne nk tau frekuensi siaran fuhyoofm tu?? teringin nk dengar laa
Jimie, radio internet tidak menggunakan frekuensi. Terus sahaja ke laman webnya http://www.fuhyoofm.com
Tahniah Bro Zamrin,
Sekarang ni saya tgh mendengar Fuhhoo.fm. 1st time mendengar suara-suara blogger kita disamping berkongsi pengalaman berbloger.
Saya harap tahun 2010 ni akan menjadi seperti anda sekalian…
terima kasih Zamri. Kita semua sama..cuma kena usaha dan usaha
Tahniah Bro Zamrin,
Tapi nk tanya skit ,Radio Internet FuhyooFM tu di Uda kt mana eekk…bleh bagi alamat x.