Kod Etika Blogger?
Dalam perjalanan ke Taman U untuk pekena ‘ayam penyek’ malam tadi sambil mendengar radio di dalam kereta, ada satu topik yang di utarakan oleh pembaca berita…” The Blogger’s Code” . Sesuatu yang amat menarik perhatian mengenainya yang rasa harus di kongsikan bersama.
Boleh di katakan ramai pengguna internet telah mempunyai blog. Tak kira la..blog menumpang..atau blog sendiri. Paling koman pun..ada blog di akaun facebook masing-masing ..( maklum la..Facebook semakin popular buat masa sekarang ). Dalam paling singkat dan mudah, jika tiada blog sendiri pun..”PERNAH” menulis ’sesuatu’ sebagai hasil tangan di blog orang lain.
Tapi..berapa ramaikah yang betul-betul tahu apa yang harus mereka tulis? Bagaimanakah cara sebenar untuk menulis? Blog untuk tulis apa yang anda rasa dalam diri ? atau sebagai platform untuk senjata pena bagi mengutarakan pendapat? Tiada lagi “Panduan Menulis Di Blog”. Mungkin disebab itulah..The Blogger’s Code di hasilkan.
Apa dia The Blogger’s Code?
Satu garis panduan ini didasarkan pada berasaskan Society of Professional Journalists ‘kod etik untuk blogger.
- Blogger haru jujur dan bersikap adil dalam mengumpul maklumat dan mentafsir maklumat.
- Jika melakukan kesilapan dalam penulisan..harus jujur dan bersikap terbuka untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan tersebut.
- Elakkan plagiat
- Jangan menghasilkan satu penulisan atas maklumat yang tak tepat…
Untuk mengetahui lebih lanjut..boleh layari DI SINI

Thanks bro.
Tak sangka dah ada kod etika pulak…
Ada…sebagai panduan..:)
Salam,
Sebelum ini kita tidak jelas dengan kod etika ini. Sekarang ada beberapa kod yang kita perlu patuhi. Sepatutnya dari dulu lagi isu ini diketengahkan.
Baguslah, kerajaan makin jelas dengan isu ini. Namun, janganlah sampai menghalang individu untuk bersuara. Dalam erti kata lain, blogger dilarang untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh sensitivi. Jika ini berlaku dan jika banyak hal kita tidak boleh bincangkan ini sudah melanggar Hak kebebasan bersuara.
Sebagai rakyat malaysia, kita diberikan hak kebebasan bersuara. Barang diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan akta ini. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal ini.
Walau bagaimanapun kita sebagai rakyat Malaysia, kenalah berpegang teguh kepada ajaran agama dan tatasusila yang kita pegang untuk sekian lama. Janganlah sampai menghasut. Itu tidak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.
Saudara Zamrin, tahniah kerana membawakan tajuk ini. Saya sendiri pun belum membincangkan isu ini diblog saya. Terima kasih.
Memang betul Dr Shah, ramai yang menyalahgunakan blog sebagai platform meluahkan rasa negatif kerana mereka tidak tau apa yang betul.
Pada pendapat saya..menulis di blog adalah sama seperti seorang wartawan yang menulis di akhbar. Jika wartawan terikat dengan etika kewartawanan di dalam penulisan..blogger juga harus ada etika mereka sendiri.
Apa yang di harapkan..etika yang di wujudkan ini dapat melahirkan blog Malaysia yang berkualiti dan blogger yang profesional.
Etika ni patut bg je kt mereka yg suka berpolitik guna blog. Blog d Malaysia famous d sbbkn politik dan blog artis.
Baguslah ada kod etika ini agar dunia blogging tidak dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Walau kita bebas bersuara, tetapi adab tatasusila tetap perlu dijaga.
Akhirnya ada jugak kod etika utk blogging ni..memang patut pun ada kod etika..bukan saja dlm blogging..tp kita patut beretika dlm apa jg perkara yg kita buat..x perlu tggu ada kod etika bru nk beretika..hohohoo..harap2 xde lg fitnah mfitnah gna blog lepas ni..x beretika langsung..
p/s: klu yg gosip2 tu kira beretika ke x ek?
Memang penting kod etika blogger ni. Jangan menulis jika tiada bukti yang sahih. Ini akan mengkhianati profesional kewartawanan.
Salam Zamrin
Kod etika ini dah lama diamalkan dalam dunia penulisan offline. Ianya bagus untuk menjadikan kita seorang blogger yang matang dan bertanggungjawab.
harap ada kod etika ni akan lebih banyak membantu blogger.
Macam autoblog tu kira melangar etika tak?
Macam plagirsm je tuh…
Kalau ikut etika.salah..pada pandangan saya la..x tau kalau org lain..tapi..yang paling penting..content tu kena berisi..bukan yang berunsur negatif
Baguslah bila ada kod etika ni. Sekurang2nya kita ada panduan bila berblogging. Harapnya dunia blogging akan lebih maju dan meriah dengan perkongsian info dan maklumat yg bermanfaat untuk semua =D
Satu perkongsian yang bermanfaat. Etika yang boleh meningkatkan kualiti bagi blog masing-masing.
Terima kasih saudara Zamrin sebab bagi saya alert dengan perihal blogger’s code ni.
Sebelum ni memang saya tertunggu2 jugak bile benda ni semua nak ade. Sebab banyak yang saya nampak, orang main sedap ikut hati je nak tulis dalam blog.
Ntah betul ntah tak ape yang ditulis, kalau betul tak pe la jugak.
Blog sepatutnye dijadikan satu medium penyampaian maklumat yang berkesan dan tepat. Bile kite memilih untuk membuat rujukan dalam sesuatu blog tu, patutnye maklumat tu adelah tepat.
Tapi, kadang2 tu ape yang berlaku, maklumat yang ditulis dalam blog lagi menyimpang ade lah..
Pada pendapat saya, kod etika blogger di patut dijadikan satu undang-undang siber, diwujudkan dengan satu akta sendiri.
Moga ramai pengguna internet Malaysia tidak menyalahgunakan blog sesuka hati. Masalahnya, pengendali blog boleh memilih untuk menggunakan profail ‘anonymous’.. Bila kod etika blogger tu dilanggar, susah untuk kita ‘detect’ siapa dalang disebaliknya.
Apa-apapun, kod etika blogger ni satu idea yang amat bagus.
Baguslah ada etika blogger, at least sebagai blogger kita ada garis panduan utk di ikuti, walaupun kita bebas bersuara, tapi perlu ada hadnya… Thanx to PM
Cik Along kita ni..sayang kat PM ni yek..:)
Walaupun kerajaan buat kod etika..x bermakna blogger akan ikut..mcm juga kerajaan tubuhkan pasukan polis..masih gak yang lakukan jenayah..:)
Saya ingin berkongsikan maklumat ini di blog saya. Saya ingin minta izin dari pihak tuan untuk post kan topik ini.
Sayang tu takdelah, bisa jer kikiki…. alamak! pecah tembelang hahahahaha… Mana yang baik kita ikut, betul x? hehehehe
Boleh Cik Along Suhaidah..silakan..benda yang baik..sebarkan.
Bagus juga ada kod etika ni.
Sebagai rujukan & panduan untuk suma blogger
agar sentiasa jujur & amanah dalam setiap
post yang ditulis.
p/s – jangan lepas ni nak kene amik lesen baru leh jadi blogger dah la…
Salam
Terima Kasih atas pengkongsian diatas..tak tahu pulak ada etika dalam berblogging. kena sentiasa peka dengan apa yang kita kongsi di blog kita.
Insyallah dengan isi yang ikhlas lagi menarik mampu memberi manfaat kepada pembaca.
Salam
Amril Muidz
Ini sebenarnya kod etika untuk semua benda sebenarnya..its common things. jika kita jujur dan tahu apa yang betul dan apa yang salah dalam semua benda yang kita buat, gerenti tak ada masalah. Yang masalahnya bila dah ramai yang tak reti nak menggunakan platfrom yang betul untuk benda yang betul..
Salam. terima kasih atas perkongsian. blh sy dapatkan email En. Zamrin. senang untuk saya contact. Blh email terus pada email sy. Terima kasih.
Salam,
kalau ada etika tidakkah ia menyekat penulisan blogger?
Info yang sangat2 berguna. Perkara yang dibangkit oleh Fazee, etika bukan nak menyekat, tapi mengajar kita supaya menulis blog mengikut garis panduan yang betul. Jangan nak membuta tuli je tulis apa yang kita rasa hehe.. Sebab kita adalah pengguna yang memberi informasi.
Semua perkara seharusnya mempunyai etika supaya mereka tidak lari dari ketetapan yang telah diaturkan..dan supaya diri tahu apa yang hendak dilakukan.
Emm..etika penulisan blog …untuk mendidik kita menjadi blogger yang berdisiplin.
Salam…
Dah dpt e-mail tuan tapi kenapa saya masih blom dpt download e-book 16 percuma tu ye?
Salam eyiqazz,
Sila subscribe semula..kebiasaannya…selepas klik activation link..ada dapat email kedua mengandungi link untuk download. Sila maklumkan jika tak boleh
hahahaha…mcm sekolah plak ada kod etika..tiada kebebasan menulis langsung..
heheheh
bende nih x payah tunggu kod etika pon kiter kene buat kan? kod etika nih just panduan supaya x tergelincir….
Saya sokong sangat cadangan PM wujudkan kod etika tu, sebab saya ni orang Pekan, kwsn Najib hehe.. Acah je.
Tp setiap orang perlu bertanggungjawab atas tulisan mereka tu. Malaysia ni negara majmuk, tak bolehla main tulis hentam sebarang je. Kadang2 boleh menyebabkan keselamatan awam tergugat. Jadi saya sokong sngt kalau kod etika ni dikuatkuasakan…
terima kasih.
satu perkongsiaan ilmu yang berguna dan memberi manafaat kepada semua.
saya pun tak terfikir adanya ‘code’.
kena ikut peraturan la plak..code2..knapa perlu ada code???
peraturan yang diwujudkan untuk menjadikan kita blogger yang educated