zamrin dot com

Apa Tugas IM / Blogger sebenarnya?

Saya terbaca satu thread yang amat menarik hasil tulisan Labanon. Jadi, saya juga ia sesuatu yang menarik untuk di kongsikan di sini. Ini kerana saya juga selalu menerima email yang sedemikian rupa.  Malah pernah di cemuh oleh mereka kerana menganggap kami sombong kerana tidak mahu berkongsi ilmu. Dari A hingga Z..semuanya minta di ajar..bila di sarankan untuk pergi ke mana-mana seminar..alasan yang di gunakan..

Saya tidak mampu, tiada modal, tiada masa, dah pergi seminar…tapi tak faham

Mereka seharusnya faham, saya juga seperti anda..belajar dan terus belajar..Jangan segan silu untuk menghadiri seminar..walaupun anda sudah mula di kenali. Itu 2 perkara berbeza…harus belajar dan terus belajar..walaupun terpaksa mengeluarkan modal.Pasti ada sesuatu yang akan anda pelajari dari seminar tersebut..Tapi pastikan anda bijak memilih seminar yang berkualiti..

Jadi, tugas saya sebagai blogger / IM ialah berkongsi ilmu dengan memberi maklumat terkini berkaitan apa jua seminar yang akan di adakan..sekiranya saya rasa ianya maklumat berguna untuk anda. Bukan kerana kami sombong untuk memberi tunjuk ajar A to Z. Apa yang saya dan IM dan blogger lain tekankan ialah..MASA. Sekiranya anda sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menghadiri seminar ” CEPAT KAYA” ..seharusnya anda menghubungi ‘pensyarah seminar’ tersebut sekiranya anda mengalami masalah atau kurang faham. Bukannya anda berkongsi masalah kepada orang yang tidak tahu menahu mengenai seminar “CEPAT KAYA” tersebut. Fikirkan…

Radio untuk IE / Blogger Cara Menjana Pendapatan Di internet Paling Mudah..

14 Responses to “Apa Tugas IM / Blogger sebenarnya?”

  1. syamsul azri says:

    bukan secara sengaja tak nak join seminar .. cuma kekadang tu agak jauh dari tempat tinggal .. terpaksa tinggalkan anak2 yg masih kecil .. terpaksa naik kapal terbang .. esp kami dari sabah n sarawak nie … hu hu hu ..

    so .. terpaksa ler blajar melalui forum2 n blog dari otai2 ..

  2. encik says:

    apa password ebook panduan membeli i ebay ?

  3. zamrinmz says:

    Em..password nak bukak..kena baca file readme.txt dalam zip file yang disertakan sekali.

  4. abdhakim says:

    sabarlah saudara zamrin, memang itu adalah penyakit sejak zaman berzaman, zaman 1970an lagi Tun Mahathir dah tulis dalam Malay Dilemma, jadi kalau dah jata orang melayu memang MALAS, jangan disalahkan bangsa lain yang berjaya…

    Gen-gen yang wujud dalam diri kita nie sebenarnya ‘terbawa’ drp generasi dahulu, jadi kita skarang nie kenalah ubah gen-gen tue supaya tak berjangkit ke anak cucu

  5. Zairi Zaidi says:

    Memang masih wujud golongan yang nak kena suap
    satu2 ni…

    Saya sendiri pernah kena.
    Diorang ingat senang ke bisnes internet ni?
    Start hari ni terus dapat duit?
    Tak semudah itu!

    Bila nak mintak diajar one by one tu mesti cakap.
    “aku pun nak kaya”
    Bila ditolak, atau dicadangkan agar belajar sendiri. ini pula jawabnya
    “ooo… ko nak kaya sorang2 ek, aku pun nak kaya”

    bukan tak nak ajar, tapi kena la buat sedikit kajian dan bacaan.
    kalau tak paham boleh lah bertanya setelah tak jumpa cari jawapannya.
    Ini tidak, satu satu nak kena bagi tahu.

    Kita pun ade komitmen nak buat kerja sendiri.

    ops… lepas tension kat sini pulak, sori… :D

  6. Shafrizal says:

    Assalamualaikum,

    Dari awal sampai ke akhir saya baca blog-post bro Zamrin, saya akui… masih terdapat ramai individu yang masih nak disuap dan tak mau berdikari sendiri.

    Ilmu dah dibagi, tunjuk ajar dah diberi, nasihat pun dah dicurahkan.. tapi kita menunggu tindakan org yg dibagi kesemua tu, habuk pun tarak.

    Pastu yang lagi parah, golongan jenis ni mintak pulak kita buatkan ini dan itu,seolah-olah kita pulak yg nak berniaga bagi pihak diorang. Apa cerita nih? Malas dah memang menjadi satu daripada budaya Melayu sekarang ni… aduyaii..

    Lagi satu lagi, budaya nak kaya cepat. Tu la satu problem besar. Yang dah ditipu punya ramai tapi tak serik-serik lagi. Tolonglah, sertailah bisnes yg betul-betul dieprakui dan disahkan, usaha la lebih skit. Klu tak da usaha, bukan niaga namanya.

  7. AmrilMuidz says:

    Salam Bro Zamrin..

    Huhu..no money no talk…itu boleh di buat kesimpulan..tetapi kita kena paham dari sudut positif…ada sesuatu benda kita boleh bagi free dan ada juga ia perlu berbayar…takkan semua nak free je…even nak buang air kat tandas awam pun kena bayar..pelik sungguh…

    Tapi kepada sesiapa saja yang menceburi bidang IM je engineering je, sastera ke,, memang kena belajar..belajar dan belajar..jangan jadikan duit tak ada..masa tak ada sebagai satu alasan..

    Jika saya..ingin pergi sesuatu seminar yang mahal..dan tiada modal..saya tidak akan fikir “ala..takde modal malas ah…” tetapi saya akn fikir “modal tinggi nie..macamana aku nak usaha dapatkan modal ini supaya aku dapat ke seminar tersebut”…

    Sedikit pandangan dari saya je…

    Salam
    Amril Muidz

  8. haha..biasa la saudara..mungkin ini sifat bangsa kt..jgn kata nk ke seminar nk beli ebook RM40 pun berkira tp target nk juta2 dlm sebulan..

  9. nurulanggun says:

    erm..baru order satu ebook, tak lah rasa kedekut dan berkira sgt sbb ilmunya mmg berguna..kalau rs masih belum mampu utk beli ebook, saya rs ebook percuma yg ditulis oleh IM2 kita dah cukup membantu bg mereka yang baru nak mula..”guna tangan sendiri suap ke mulut, jangan harap makanan masuk sdr ke mulut kita”

  10. PakSuLan says:

    alhamdulillah, beberapa ebook telah dibeli dan hasilnya bertambahlah ilmu pengetahuan. Namun, ramai kawan2 yg meragui ttg bisnes internet ni, kdg2 ada yg perli……takpe, sabar je la……ada juga yg minta tolong ajar A-Z (padahal kita pun baru tgh merangkak), bila disuruh beli ebook dan pergi seminar, alasannya dh tak boleh nak terima, blur dan mcm2 lagi. Sapa lagi nak tolong? kalau bukan diri sendiri yang kena berubah!

  11. amilia says:

    Saya ingin nak prg seminar,tapi masalahnye saya je yg aktif dlm bisnes internet ni,jd xde org yg nak temankan,diorang ckap,kerja xde faedah,buang masa,buang duit prg seminar,so,saya x pernah dpt prg mana2 seminar bisnes online.

  12. rosn says:

    syabas utk saudara,memang anda telah berjaya mengorak langkah yg jauh dalam internet..kepada yg mesih mencari jalan utk menjana di internet,komen saya cuma mudah jee..
    sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat duit kat internet cuma kebanyakkannya kurang jelas atau takde idea nak jual apa..jangan sakitkan kepala dan susah2 pikir apa busines yg nak buat.tak perlu pikir tu yg penting utk dipikirkan ialah kenali dulu apa yg anda ingin lakukan..klau nak business internet kenalah kenal dulu dan tahu dulu apa itu business internet..kalau anda betul2 kenal dan tahu apa yg anda nak buat secara automatik anda akan tahu apa benda yg anda nak jual dan macam mana nak jual..jangan serabutkan pikiran dgn seminar dan segala macam hujah tentang perniagaan internet.anda cuma perlu pikir apa itu perniagaan internet dan macam mana ia berjalan.anda akan lebih paham dgn sendirinya..lepas tu barulah cuba buat dan guna hujah2 dan hadiri seminar utk tambah pemahaman bukan tambah ilmu pengetahuan..kalau banyak ilmu pengetahuan tapi tak paham pun tak guna nyeee…..macam2 ilmu internet ada dalam kepala tapi satu pun tak paham nak buat apeeee..yg penting pemahaman anda tentang perniagaan internet..tak perlu tunggu orang suap sebab setiap orang ada cara pemahamannya sendiri..so selamat tahun baru dan selamat tambah pemahaman anda tentang perniagaan internet….

  13. rosa says:

    saya juga menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan rezeki, kerana pada masa ini saya belum pandai membangunkan blog sendiri,jadi saya menjual produk melalui pemasangan iklan dialibaba,tradekey atau yang lainnya, kemudian berhubung melalui email atau telp, yang pada akhirnya terjuallah produk saya,saya berazam suatu masa nanti saya juga akan mempunyai blog seperti orang lain.

Leave a Reply