Macam mana saya boleh berjaya macam abang?
” Bang, boleh tunjukkan tak macam mana saya boleh berjaya macam abang? Saya pun nak buat duit kat internet. Saya ada terbaca di facebook smartzul pasal abang dan abang Rohaizad minggu lepas. Tolong saya ye bang..Boleh tak? Sila reply”
Ayat diatas adalah petikan dari satu email yang saya terima semalam. Terlalu pendek, ringkas tapi padat. Padat ( mengandungi maksud yang dalam ).
Ini bukanlah pertama kali terima email yang serupa..atau hampir-hampir sama maksudnya dengan ayat di atas. Tapi kali ni tergerak pula nak berkongsi cerita di blog ni. Ini kerana si penghantar email mengikuti perkembangan diri saya. Bukan saya nak menceritakan mengenai diri saya mahu pun Ijad..tapi yang ingin saya kupas adalah mengenai si penghantar email.
Mungkin dia adakah antara ribuan subscriber saya, mahupun smartzul ataupun Ijad.
” Tindak tanduk dan pergerakan anda sedang di awasi “
Baru saya sedar, apa yang kita lakukan..walaupun hanya cerita yang biasa-biasa di Facebook atau di blog, akan memberi kesan kepada pembaca. Contoh yang paling dekat ialah pada 2 minggu lepas, keluar satu cerita hangat yang mengatakan Ijad dah beli kereta Honda Type R..kereta kedua hasil blogging.. Saya adalah salah seorang mangsa yang terjerat dengan artikel tersebut .
Dah la 3G hampeh..nak loading video punya lama..akhirnya ‘terkena’. Dalam ertikata lain..’Senjata penulisan’ merupakan satu teknik pemasaran yang ampuh. Dengan ayat di surat jualan, boleh membuat seseorang itu membeli produk tersebut walaupun mahal.
Sambung semula mengenai si penghantar email..ia adalah satu sifat yang bagus.. Berani bertanya untuk berjaya. Tapi, sebelum itu, lakukan segala persiapan yang secukupnya sekiranya ingin menghadiri apa jua seminar/workshop atau personal coaching. Jangan mengharap 100% kepada mereka yang memberi ilmu. Semuanya terletak pada diri sendiri ‘bagaimana’ untuk berjaya.
Kunci dan kereta sudah diberi..map pun sudah diberi, tapi pilihan anda ingin melalui jalan yang mana untuk menuju destinasi. Jalan pintas? atau jalan yang biasa kita lalui?

mmm..anda memang orang yang hebat…
makin meningkat naik sekarang nie…
brabooo…
TQ pedagangIT..saya pun mengikuti perkembangan bro..masih banyak yang perlu dipelajari
Memang jelas saranan yang saudara Zamrin berikan dan skaligus merupakan ‘tips’ kepada bakal-bakal yang hendak memulakan perniagaan di internet.
kemantapan ilmu seseorang sering dinilai atau diukur oleh orang lain, bukan diri sendiri. Maka mungkin kini saudara Zamrin sudah selayaknya bergelar c-foo.
Jangan beri gelaran c-foo atau otai pada saya ..rasanya tak sesuai gelaran itu melekat pada saya..
Salam kembali Zamrin!…terkadang terfikir sejenak bertapa pentingnya perhubungan, sama ada kawan,rakan taulan,saudara mara atau perhubungan sicerdik dengan sidungu atau apa saja bentuk perhubungan, bertapa banyak memberi menafaat dan berbagai faedah,walaupun adakalanya terselit sedikit ketidak ikhlasan. Ben merasakan segalanya masing masing ada hak tersendiri,begitu juga terhadap panggilan terhadap seseorang. Walaupun cuma satu ‘Alif’ ilmu yang ben belajar dengan seseorang,maka Dia adalah guru bagi ben…so tak salah la kan kalau ben mengelari cfoo,atau guru..apatah lagi disertakan dengan keikhlasan tentunya di beri ganjaran dari ‘Yang Maha Pengcipta’..untuk pengetahuan Zamrin, ben telah join beberapa penjualan produk secara affiliate seperti,igetworld.com/caridownline4u.com/dan termasuk juga link ‘pakar affiliate’.Namun sampai sekarang ben masih tidak berkesempatan menghadiri forum, bengkel atau workshop. Kerja shif yang tidak tentu masa,menyebabkan susah untuk menetapkan waktu bagi menghadiri seminar atau forum. Apakah ada kaedah terbaik untuk mempermosikan produk yang telah sedia ada pada ben sekarang ni?
Wah…memanglah orang boleh perati, tapi setakat mana yang kita nak dedahkan je lah…
tapi kalau member2 lain yang cerita dalam FB or twitter or anything else…nak buek camna…
Tapi yang penting, it’s our choice utk dedahkan diri atau tak…Wallahua’lam…
Dah lama tak ngeteh ngan ko ni…
insyaAllah lepas projek _ tu lah ok…
ngeteh?..boleh..ko kena belanja..baru malam tadi pekena Nasi Ayam Penyek kat Taman U
Salam Bro Zamrin,
Saya rase sedey jer bile dengan orang hantar email begitu. bila kita rasa tertekan, dan terasa nak putus asa kerana gagal nak berjaya menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan orang lain.
Bagi saya, mungkin bro zamrin boleh berkongsi sedikit ataupun memberikan tips bagaimana boleh jadi berjaya sepert bro zamrin, smartzul n bro ijad.
Sebab ramai juga orang yang ingin berjaya tetapi tidak tahu bagaimana nak mula. bagi saya ada orang akan cepat “pickup” atau pun “fast learner” dan ada juga yang lambat tuk belajar.
Yang penting kesangupan pakar2 untuk mengajar mereka sahaja.
AmrilMuidz
Amirul, pegang pada prinsip
1. Tiada jalan mudah untuk berjaya
2. Jangan cepat putus asa
3. Hilangkan prinsip ‘ hari ini setup website, esok dah dapat $$$ ‘. Kena bersabar
4. Jangan jadikan diri kita seperti ’superman’. Semua method dan jenis perniagaan ingin dilakukan serentak.
5. Kena buat perancangan..dan laksanakan perancangan sampai habis..kemudian buat analisa setiap perlaksanaan.Result?
6. Rajin mencari maklumat.
actly, kalau bisnes internet ni saya dah give up la.. dah ada pglaman kena tipu. promosi lain n then bila dah bayar bgi keje lain.time promosi buat mcm baik je. siap sebut nama Tuhan, hukum hakam la. tpi last2 hampeh! mcm2 la.tapi kalau ada yg btl2 x menipu sila kongsi2 information ye..
pengalaman pahit tu gabir..jika nak kena tipu, online atau offline sama je..yang penting niat mereka..cuma platform penipuan berbeza..kita kena tau menilai yang mana satu genuine atau tak..cuma kadang-kadang kita sengaja u..pasti nak cari peluang untuk ditipu..pantang ada skim cepat kaya terbaru..mesti nak join..
Salam bro,
Sebenarnya saya seringkali mengikuti perkembangan bro secara senyap..
Ya, saya dapai bro semakin meningkat maju dengan pendekatan sendiri yang begitu tersusun..
Walaupun bro telah lama dalam IM, namun baru ketika ni ‘muncul’ di khalayak ramai.. Mungkin sebelum ini orang tidak mengenal siapa zamrin, tetapi sekarang, bro boleh dikatakan sebaris dengan otai2 IM tempatan..
Tahniah diucapkan.
perkataan ‘muncul’ tu..buat takut je..saya masih lagi belajar dan terus belaja
Bila dah berjaya mesti jadi contoh punya
Saya setuju dengan bro Zairi. Bro Zamrin memang ada bakat semula jadi. Tidak mustahil untuk dia dijadikan idola kepada newbie mcm saya. Semoga bro zamrin terus sukses !!!
Shah Razali
http://www.shahrazali.com
Nice blog..blog di waktu malam ke?..:)
Setuju…there are 1001 way to succeed…we must find the key…where are the key? Haha…itu yang sukar sikit…tapi jangan la putus asa, kunci tue ada cuma belum jumpa…kan kan kan
Good Luck Broo..
salleh
Salleh… Salleh… janganlah suka SPAM blog orang lain semata-mata untuk duit.
Yup..saya terpaksa delete link tu.. maaf ye salleh.
Zamri
Apa jua kita nak buat baik krtika sekolah,university dan semasa bekerja yng paling pokok adalah planning.good planning contribute good results.Saya nampak Zamri ada membuatnya cuma keep up and never stop.Pada yang lain tu.No regret no surrender.must try…Try to put up your detail of attention whenever you plan and must have target.
Good Luck!.
Saya cuma buat yang terbaik..
Salam bro.,
Apa yang saya boleh cakap
Bukan Senang Hendak Senang…
Betul tak bro !
ada sambungan lagi..memang senang nak susah
Salam..
Tahniah.. diucapkan atas kejayaan Zamrin..
Apa yang saya nak kongsi di sini ialah kalau nak berjaya formula nye mudah aje… ada ilmu + ada usaha yang menjurus kepada kerjaya tersebut dan yang paling penting ada rezeki….
Kalau silap tolong betulkan…. tq
Terima kasih wira.
waa…hebat
salam, baguslah tu, ada yang minat moga-moga terkenal satu hati nanti
terkenal atau tidak..ia akan datang sendiri..tak perlu dicari..yang perlu di cari..$$$$
salam..
bagi saya sesiapa saja boleh berjaya di internet.yang penting kena tahu dan paham apa yang dibuat.perniagaan internet memang aneh,barangan tak penting yang penting kata2 dan cara promosi.
kalau jual katak pun boleh laku asal kata2 menarik.apa taknya kalau kata katak tu boleh buat duit,dah tentu hari2 duit masuk boleh tidur atas duit…
pada yang nak mencuba anda perlu tahu apa yang anda buat.
apa pun selamat berjaya..
Saya juga akan tulis benda yang sama. Jadi, you’ll lead us?
Kita sama-sama belajar Ummie..
salam… saya kagum ngn si bertanya tu… sbb saya pun pernah menjadi sepertinya bertanya pada IM yg terkenal di alam maya ni…
ada yang jawab, ada yang tak jawab angsung pertanyaan saya 2…
tapi apa2 pun saya akan cuba berusaha utk menjadi wanita yg pertama berjaya dalam bisnes alam maya ini… amin
salam…saya cuba berkongsi ilmu yang tak seberapa ini. Saya juga bermula dari bawah..
Tahniah!! Bro….Bro telah berjaya mencipta nama dengan gaya & cara tersendiri… Saya sedang memerhati Bro…
Saya pun selalu memerhatikan JimieRay. Thanks bro
salam, Tuan Zamrin, nampaknya tuan akan dipertanggungjawabkan secara tidak sengaja untuk membantu newbie dalam IM. InsyaAllah niat yang ikhlas dan usaha yang murni akan dibalas oleh Allah di dunia dan akhirat dengan ganjaran berlipat ganda.
Salam Fazlihani, itu adalah satu tanggungjawab yang berat sebenarnya..macam tak mampu dan belum layak untuk saya rasanya kerana saya juga masih belajar dan terus belajar..
Sdr x perlu takut…jika anda ditempat yg benar,x membuat penipuan,x putarbelit fakta atau memalsukannya…buat kerja dgn iklas n hati yg bersih…insyallah Allah sentiasa disisimu!.Berbanyak terima kasih sy ucapkan…banyak tip2 n pengajaran dp sdr sy perolehi…salute!
Memang lah bro , kalau dah di awasi , maknanya dah ada peminat la tu..itu satu petanda baik.. lepas ni boleh lah buat coaching macam Ijad tu.
macam artis la pulak..ada peminat..anyway..thanks for advice
Zamrin, memang betul penulisan memang menjadi senjata yang sangat tajam. Dengan penggunaan yang betul serta beretika penulisan mampu menjual, mampu membina kredibiti/nama/perniagaan dan banyak lagi kemampuan penulisan. Namun jika tidak berhati-hati penulisan juga mampu membawa padah pada tuannya sendiri.
Terima kasih Zahrul Azua, saya pun masih mengkaji dan berusaha untuk menghabiskan 2 buah buku anda..:)
Salam Zamrin,
Saya adalah salah seorang yang sedang mengawasi gerak geri anda, hehe. Tapi bukan berniat jahat, untuk belajar ilmu IM dari saudara.
Tahniah kerana Zamrin semakin meningkat naik. Ni semua berkat usaha gigih saudara Zamrin. I follow..
TQ lanchini..PPL ok?
kumpul list
Oh yaaa… lupa nak beritahu yang aku baru sahaja beli satu lagi kereta. Kali ini Mercedez AMX warna hitam. Semoga yang lain juga dapat kereta yang diidamkan.
Ni la salah satu information yang tak sanggup di dengar..dalam sebulan..beli 2 kereta. belum ada lagi blogger dan IM kat dunia beli kereta sampai 2 biji dalam sebulan..suka-suka hati nak beli..
Terima kasih kerana selalu memberi tip-tip yang baik.
Memang biasa saya menerima dan membaca ayat2 power dalam sales letter, kadang2 sampai dah malas kerana selalu terkena.Walaubagaimanapun ada juga yang jujur dan memberi panduan yang betul
Congrat bro..I knew that u hv the knowledge and skills…no wonder…share it with us…
wah! dah ada pemerhati…
hebatlah sekarang ni….
apa2 pun saya ’suspek’ sdr dengan idea penulisan yang menangkap…
Memang benar headline anda tu bro…Bukan Senang Hendak Senang…apa-apa pun info anda memang hebat-hebat sesuai bagi pendatang baru sperti saya..tdk sah harian saya kalau tdk lawat blog anda bro…..
salam bro Zamrin,
Saya kagum dgn bro Zamrin, bak kata org ular yg menyusur akar takkan hilang bisanya. Dah pro-pro tapi still merendah diri, heheh.
Bro memang menjadi inspirasi pada saya untuk lebih berjaya. Remember, I’ll always stalk you from your back~ >:D