zamrin dot com

6 Tahun Tak Jumpa……

Pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai ‘kuasa email’. Tapi bukan berkaitan bagaimana menjana pendapatan melalui ‘pemasaran email’, tapi 2 kisah di mana melalui email, saya dapat berjumpa kembali dengan 2 orang yang pernah saya kenali 6 tahun dulu dan 4 tahun dulu..dah lama terputus hubungan.

Saya pernah menghantar satu email kenapa semua subscriber saya satu pautan yang saya ambil dari laman blog Smartzul, ( artikel mengenai saya dan beliau yang pernah di temuramah oleh Radio Best 104 pada tahun 2006).

Artikel tersebut telah memberi ‘kesan’ yang besar dimana Abg DJSenja telah menghubungi saya hanya kerana email tersebut. 

djsenja

Email terbaru yang saya hantar mengenai satu post terbaru ” Saya mahu berjaya macam abang ” pula telah menghubungkan kembali saya dengan seorang kawan sekerja di tempat lama..terpisah hampir 5 tahun. Apa yang menariknya, mereka berdua adalah subscriber saya dan selalu membaca email- email dari saya..TAPI, tak menyangka ‘ Zamrin’ adalah orang yang pernah mereka kenali dulu.

fadhil

 

 

 

Nampak..Email memberi satu kesan mendalam dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika gunakan email sebagai senjata pemasaran didalam perniagaan internet..$$$ akan terhasil..Tapi..kena lakukan dengan cara yang betul. Jangan SPAM.

Terima kasih kepada Abg DJSenja dan Fadhil Marsikin.. :)

Macam mana saya boleh berjaya macam abang? Saya kehilangan orang yang saya sayang..

14 Responses to “6 Tahun Tak Jumpa……”

  1. cyza says:

    MEmag best macam tu…takkan di sangka apa yang terjadi…

  2. zul says:

    salam zamrin, tahniah sebab jumpa balik kawan lama…saya pun sekarang aktif balik mencari kawan2 lama terutama kat facebook…mane tau ada peluang besar menanti sambil menjalinkan balik silaturrahim…hehehe…

  3. Julius says:

    Tahniah kerana berjumpa kembali dgn rakan lama, sebenarnya dlm bisnes internet ni bukan hanya keuntungan sahaja..tapi persahabatan :)

  4. Yusop says:

    Salam Zamrin,
    Memang seronok kalau dapat jumpa member2 lama ni, kita selalu pergi seminar jumpa member baru, lepas tu lost contact..saya rasa lepas ni kena buka laman web cari rakan lama – macam jejak kasih pulak..apa macam zamrin boleh pakai dak idea saya ni..

  5. amrilmuidz says:

    Salam bro zamrin.

    Ye tak tau pulak selain memberi pulangan duit kepada kita, email juga dapat menemukan kenalan lama.hehee. Apa pun ada byk kegunaan email, promotion, networking, tanya khabar.hehee

    Apa pun tahniah jumpa blik member lame.bukan senang.heehe. Bro jangan lupa tentang saya hantar emel tadi.hehehe.

    Salam
    AmrilMuidz

  6. Zairi Zaidi says:

    Rupanya sempit je dunia ni.

  7. safiudin.com says:

    salam sdr,

    ya dunia ni dah jadi kecil….

    mcm saya, tak sangka boleh jumpa semula rakan semasa tunai umrah Mac lalu….

    di Malaysia tak jumpa tapi nun jauh disana boleh berjumpa….

    ps: tak guna kuasa pemasaran email.

  8. semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalau kita mahu berubah, kita sendiri yang kene mulakan dulu.

  9. E.D says:

    Salam Bro Zam,

    Wah.. dah up blog nampak.. Tahniah..banyak info boleh dapat dari sini.. Saya pun kawan lama bro gak..bertahun jugak x jumpa.. papehal pun..semoga success selalu..

Leave a Reply